Tuesday, January 14, 2014

Karutan Hikmat Jejari Dompok

Re-Blogged from Monday, April 23, 2012

Kala aku melunjur kaki ke bawah meja Sang Sapurba... buhsan memikirkan misi aku yang belum on-on lagi
sebabnya aku seringkali menceceh perkara yang sia-sia.

Hmmm... aku terus mengelongsor malas. Memikirkan betapa mustahilnya aku mahu membaca tanpa kefahaman. Maka technique apa pula yang aku kena guna? Technique mengelat?

Aku tidak mahu pessimist. Ah, sebelum aku mengarut dengan lebih maju lagi, aku terus mengetuk kekunci agak terpancar hikmat jejari dompok di layar blog mainan ku ini.

MERAH

Antara yang berjaya melempang aku hanya dengan kata-katanya
Rasa seperti ditempeleng sehingga mulut berdarah... aduh!

Carilah dia untuk bersama menghidupkan sang waktu
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganku, bukan mengisi kekosonganku


Redd Rohim
Sungai Penchala
10.29 malam
 


.

No comments:

Post a Comment