Tuesday, January 14, 2014

" Laksana Buntat Hendak Menjadi Gemala"

Re-Blogged from Friday, September 2, 2011

GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET 
" Apabila bertiup angin sakal
Ambil pengayuh mana yang ada
Apabila hidup ingin berbekal
Amalkan seluruh ilmu di dada "
 

" Kinabalu bertangga peti, 
Ambil gemala di mulut naga; 
Kalau sudah paksa di hati,
Mahal murah baik harga " 



laksana buntat hendak menjadi gemala" 
peribahasa bermaksud orang kecil hendak menjadi orang besar.
 
(iaitu seseorang yang tak tahu akan kekurangan dirinya) 
Miahahaha...atau dengan lebih menyentap lagi ia bererti; seorang yang tak sedor diri, 



"Dewa pun duduk ia bercerita, 
Asal mulanya dapat sengsara,
 
Oleh disakitkan saudara, 
Setahun sudah di dalam penjara. 
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET 
Sekalian habis diceritakan, 
Suatu tidak dilindungkan,
 
Terlalu belas naga mendengarkan,
 
Diambil gemalanya lalu diberikan 
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET 
Ambillah tuan muda bestari, 
Gemala ini nenek memberi, 
Harganya itu tujuh buah negeri, 
Apa kehendak keluar sendiri.
 
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET 
Jikalau orang terkena bisa, 
Airnya sapukan beri berasa, 
Jika ditolong Tuhan Yang Esa,
 
Dengan seketika beroleh sentosa" 


.

Sahaja Aku Mengangkat Noozle ...

Re-Blogged from Wednesday, September 7, 2011

5.30pm Caltex Kuala Krau 06.09.2011
Seorang aku baru angkat noozle sambil memakai tudung baru ber'awning' silk
(baru ngat beli pukul 1.20pm hari yang sama)
Seorang aku berbusana T-Shirt style Korea plain turquoise.
Berknitted pants Blue Black.
Berfoot geared kan wedges PVC glam-glossy look.

"Lima puluh dik," ujarku sambil menguntumkan senyuman santunku.
Baru RM3.45 aku isi datang sebuah Chilli Red Waja.
Mampir parking di belakang boot ketaku, enjin tak padam.
Menderu deram... hish!

Aku wat palm sign sambil 'blink-blink-kembang-kuncup' fingers ku, obor-obor style.

Irritating, annoying, hazabedah betul.
Geramnya aku,
apa kes nak tunggu belakang bontot kereta ku yang dah uzur sesangat neyh.
Pump kiri kanan masih ada yang vacant.

"Dik, tolong cakap sama keta kat belakang nih, jangan tunggu saya, suruh dia pegi sebelah, saya lambat lagi, lagi tiga puluh hengget"

"Boleh kasi cepat, macam ni kak"
Aishhh, tetiba pompuan tu takeover noozle dari aku, tekan pin noozle sampai top speed limit.

"Wooo, wooo, wooo... macam tu saya pun tahu. Saya nak pam minyak, nak dapat banyak, bukan nak pam masuk gas yang meruap"
Aku bukan makhluq yang kekwat sesungguhnya.
Tidak ku tekan pin noozle no1 kalo stesen dah sesak & high traffic bagai.
Aku pun considerate punya manusia.
Telah aku amati hanya aku satu vehicle jer kat situ, another 9 pumps free.

Aku wat donno jer pastu. Waja Merah Cili fed-up.
Pandai laks dia gi pump sebelah. Tank dia belah kanan.

Driver stay dalam keta. Pompuan pump attendant tolong pump, isi RM30.
Enjin tak dimatikan.
Tetiba dengar riuh rendah. Pergelutan berlaku.
Vrooooooooooms.

"Apa hal kecoh beb?" aku jengukkan leherku yang tak jinjang ke seblah

"Dia dah blah, tak sempat tutup tank, minyak masih bersembur.."
Pump attendent geleng-geleng kapla... di tangannya yang longlai
masih menggenggam sekuntum penutup tangki.

"Ini macam worang pun ada?"

.

Haiku Aku Merapu

Re-Blogged from Wednesday, October 26, 2011

"lend me your arms,
fast as thunderbolts,
for a pillow on my journey"

Hmmm... I love to observe, observe, observe
Here, within my eyesights
Colorful life

Cuba perhati
Beza kanan ngan kiri
Mencuit hati

"Transferred all lycheesI saw the grand-daughter's hand,A meal too meager to share"

HAIKU: 17 sukukata dalam 3 baris dibahagi kepada 5-7-5 
baris yang pertama mesti ada 5 suku kata,
kedua 7 suku kata, ketiga 5 suku kata.

(Aku blasah tak follow-memollow)


.

Quest Of Transoxiana

Re-Blogged from Friday, March 9, 2012


Bangkit dari kedudukan yang rendah hati
Aku masih berkira-kira bagaimanakah aku mahu meloloskan diri aku
Dari hiruk-pikuk belenggu kapitalist

Telah hampir sedekad aku membentang scroll
Melarik peta & itinerary di atas kertas A4 yang hampir kumal
Ku ponyok-ponyok kubakul sampahkan

Daerah itu
Menggamit-gamit aku
Lambaian purba Asia Tengah
Merentasi (Trans) Sungai Oxus
Amu Darya River nama lainnya
Satu daerah di-Latinkan merujuk pada Uzbekistan, Tajikistan & South-West Kazakhtan
Daerah dengan dua padang pasir
Kara Kum Kum dan Kyzyl
Antara aliran Amu Darya dan Syr Darya
Satrapy daripada Sogdiana


Wahai Nendaku!
Aku mohon kepada Allah
Gerakkanlah hati Nendaku yang Super Damn Rich
Menghadiahi aku
Sebuntil dinar
Buat belanja aku
Quest The.Another.One to Bay-tu-Allah-i al-Haraam
Via Oxiana

.

Malaysia! Aku Cinta Padamu... (Rindu Mengutus Cinta)

Re-Blogged from Thursday, April 19, 2012

Bangunlah jiwanya...
Bangunlah raganya...

BUKAN bangun koruptornya...
Bangun pembodohannya....


Malaysia!
... Aku cinta padamu, tapi tak seperti ini yang dipenuhi koruptor...



Part 2:

Jika nafas sering berkata lelah
Lihatlah... kemerdekaan itu seperti air mancur
Melesat tubuh muda-mudi yang mencapai tujuan

Dengan otak yang sama, dengan hati yang sama
Ternyata kita hanya menu yang disajikan untuk memilih cara,
Hanya niat yang benarlah yang dapat menjadi petunjuk-NYya
Begitulah Rindu mengutus Cinta jadi kekuatannya yang merdeka.
.

Apa Ada Dengan Meja Jepun Ku?

Re-Blogged from Monday, April 23, 2012


Keletuk lututku diketuk
Kepet kakinya terkelepet
Komputer riba mengelongsor


Kelempap segempa alam
Tetikus kekunci ecer-eceran
Aduh...

Tinjunya jatuh ke atas lantai
Geram gemas
Berdentang kole terhempas
Tanganku menggeletar
Air mataku berceceran
Dalam sentak-hentak gravitasi, yang tak sederhana


Redd Rohim
Sungai Penchala
9.31 malam
 

.

Karutan Hikmat Jejari Dompok

Re-Blogged from Monday, April 23, 2012

Kala aku melunjur kaki ke bawah meja Sang Sapurba... buhsan memikirkan misi aku yang belum on-on lagi
sebabnya aku seringkali menceceh perkara yang sia-sia.

Hmmm... aku terus mengelongsor malas. Memikirkan betapa mustahilnya aku mahu membaca tanpa kefahaman. Maka technique apa pula yang aku kena guna? Technique mengelat?

Aku tidak mahu pessimist. Ah, sebelum aku mengarut dengan lebih maju lagi, aku terus mengetuk kekunci agak terpancar hikmat jejari dompok di layar blog mainan ku ini.

MERAH

Antara yang berjaya melempang aku hanya dengan kata-katanya
Rasa seperti ditempeleng sehingga mulut berdarah... aduh!

Carilah dia untuk bersama menghidupkan sang waktu
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganku, bukan mengisi kekosonganku


Redd Rohim
Sungai Penchala
10.29 malam
 


.

Ngomel Hari Pertama Si Pacal Hina Membuka Gelanggang... Aishhhh!

Re-Blogged from Tuesday, April 24, 2012

Indah bukan pokok yang ku bajai & aku kasihi? Pokok ini milik Adinda Puteri Soh Jas yang bakal melarikan dirinya ke negeri tempua bersarang rendah. Dulu pokoknya ku jagai, sekarang tahtanya pula bakal kududuki.  Baru aku tahu, tak sia-sia berbudi kepada pokok rupanya...


... Ayuhai Ka-kanda Paduka Mamak Bendahara W.C.W. Atas gerangan apakah hari ini aku di-high-expectation-kan oleh engkaw!? (sila baca dengan satu nafas sahaja, hoccay?). Aku yang diam, diperintahkan bercakap. Aku yang mendengar dikerahkan melontarkan buah fikiran. Aku yang sedang memerah aqal ku dari otak lembik berlingkar dalam batu jemala, disuruh beliau akan berkongsi peristiwa.

Mamak Bendahara Paduka Wong...  Aku nak diam bleh? 
Apa kau rindu pada nada suara soprano sarcastic ku setelah sekian kali & saban kali aku kerapkali menuangkan diriku dari hari-hari bekerjaku?


.... Ayuhai... Lakukah cakap-cakapku nanti sebagai sa-orang yang ntah-hapa-hapa. Tak sanggup ku nak menjual karya kalau tidak mampu untuk menuai hasilnya kelak

Apit kiri dan apit kanan... itulah tumbuh-tumbuhan yang bukan berupa sayur-sayuran koleksi therapy aku di maqam kerjaku... Gula-gula candy melon semangka pemberian Mamak Bendahara Paduka Wong padaku 6 bulan yang lepas... ku sadaqahkan pada bala-tentera semut hitam di lantai gua di Negeri Silver.  Apit kanan aku kira sudah menemui ajalnya & tamat riwayat di tangan yang telah menangguhkan masa... menangguhkan yaumu saati... 
Le Sayyid Mahogany Guitar Sendirian Berhad Unlimited Unpredicted Untame-able Exotica Et Je T'aime Encore ( aduh mak aiii... panjang tul gelar & darjah kurnianya.. )
Huhuhu... sukernya aku merepek melalut meraban berbait-bait cengginih... 
Bukan ada orang fahampun... Tu yang seronoknya...

... Canggung langkahku. Sumbing senyumku. Kambing sengihku.
... Aku harus akur, demikianlah sa-bermulanya episod membuka gelanggang.

Oh, ya... aku terlupa pulak. Sebenarnya pada pukul 10.41 waktu Dhoo Haa tadi nyer aku dah berjaya menyiapkan manuscript "Hikmah Mengecat Nenek Tujuh Petala Naga". Ntah camner aku dibiarkan terlupa meninggalkan manuscript dalam dalam buku yang kertasnya berupa bagai sayur ham choiy. Hmmm.. esok hari kalau Allah Izinkan & Allah Suka... kan ku postkan entry "Hikmah Mengecat Nenek Tujuh Petala Naga" itu. Nantikan kemunculannya.... ! Dan bila esok... aku akan mengepost kembali, yeee haaa...! 


.

tiada judul yang sesuai

Re-Blogged from Tuesday, April 24, 2012





assalamualaikum tuan pengarah jabatan kerajaan
semuga tuan duduk dan berdiri serta berbaring
dalam kenikmatan dan redha tuhan yang maha agung
semuga tuan juga jadi manusia yang kekal dalam sembahyang

tuan,
saya cuma seorang kecil statusnya
juga tubuhnya.jerit saya tidak didengar orang
bisik saya jenaka pada banyak orang

dan tentunya saya orang bebas
selain dari mentaati perintah tuhan

itu-lah,mungkin tuan lupa
mengarahkan saya untuk datang bertemu tuan
(melalui utusan) dihari sekian dan waktu yang sekian
jadi kurang adab kerana saya tidak
tertakluk dibawah arahan mana-mana pengarah,
ketua kerani,kerani,budak perempuan garang,
peon,makcik buat kopi juga tukang kebun kerajaan
saya bukan anggota kerajaan
tiada akujanji,maka saya pun bebas menari

manis benar jika tuan sendiri dengan aman
menjemput saya ke restoran misalnya,
minum pagi minum petang atau
jika tuan suka,boleh sahaja sarapan
lewat malam misalnya

selepas berjabat tangan,jika tuan mahu
dan mengizinkan saya minum kopi o ais kegemaran saya
maka layak-lah jika tuan teringin marah dan marah kepada
saya,mentelah pula jika diakhir pertemuan,tuan sudi
membayar.jika tidak,saya teramat suka untuk berbelanja
kerana saya pun kaya juga

tuan,
terlalu lama duduk dalam besar membuat kita lupa
ujudnya kecil keliling.

akhir kata,
tolong doakan mati saya dengan bibir basah
menyebut nama tuhan kerana itu-lah yang penting pun
selain itu,semuanya tipudunia.


wassalam.

.

Hikmat Mengecat Nenek Tujuh Petala Naga

Re-Blogged from Wednesday, April 25, 2012


Nota mula:
Pretty much inspired by Tepung Talam Si Gula Merah
version less ajinomoto no sugar
My febret neyh... 
Paling aku kan ter'galvanized' 
(kwang-kwang-kwang... terminology yang baru berjaya aku reka)
 jikalau lah  dapat makan Tepung Talam Si Tepung Suji.. MashaAllah! Wolla...!


Apa-in yang dicat? Jawapnya Si Pintu Gua

Jurus Hikmat 1 : Apa-apa-in aku terjengket-jengket tak mencecah sehasta?
Jurus Hikmat 2 : Apa-apa-in aku menabrak roller shutter dengan gerakan stroke kung fu mentadu?
Jurus Hikmat 3 : Apa-apa-in aku memberus gaya di atas sandal baji rona ebony empat inchi ku?
Jurus Hikmat 4 : Apa-apa-in aku memalit berkelubung dalam selubung berlabuchi hitam
ber-blink-blink disinari mentari pagi pukul sembilan?
Jurus Hikmat 5 : Apa-apa-in setegar likat melekat cat galvanised beneath the layer, bagai zulmat dosa qalbuku?
Jurus Hikmat 6 : Apa-apa-in rona zaitun tua melatari open and close sesame? Wat-Tiin-i Wa-az-Zaituun...  Maka seraya aku melagukan Wat-Tiin-i Wa-az Zaituun sebagai fuelseniku. Therapy bukan lethargy buat jiwa halusku
Jurus Hikmat 7 : Apa-apa-in aku buat sahaja... tanpa banyak bicara soalnya?

.

Ceriwis Sang Lepat Lavender 25 Haribulan

Re-Blogged from Wednesday, April 25, 2012

Tenat aku sesudah letih ber-eksperimentasi pada spreadsheet excel menerapkan skill advance learner (yang mana coursenya tidak pernah aku hiraukan). 36jam terkial-kial meg'V-look-up' function hampir menghumbankan peranan diriku sebagai orang makan gaji di bawah Mamak Bendahara Paduka W.C.W.
Otak berkapasiti rendah, mood mudah alih. Kesampingkan dulu.

Duduk berlunjur di atas gelegar. Aku sedang giat membaca Kumpulan Puisi-Puisi Bajingan. Tekun menyelusuri karya-karya Melancholic Ivan. Tak lupa air tangan idola ku Pakcik Abdullah Jones dengan himpunan Sajak-Sajak Suci nya. 

Ketika aku berkira-kira hendak menghidupkan kereta atau menapak 444 ela ke pasar malam, Cik Puan Jepun menyapa. "Engkau bayar dua ploh hengget dah lah out of dua hatus hengget setiap bulan!"

Terkejut aku. Apa pula kata Mak Ayu Pak Ayu? Sudah hampir dua blas tahun aku melunaskan 50% syer ku sebagai pengguna elektrik saban bulan. Ntah angin puyuh mana yang mengilhamkan hatinya membuat keputusan kabinet secara tiba-tiba... pop!


"Dop aper lah Cik, saya tak kisah..... " belum sempat ayatku sampai ke hujungnya, Cik Puan Jepun telah bertindak balas refleks melepat aku 180 darjah ke barat daya (diulangi ... aku konfirmkan lepat taw, bukan lipat. Lipat tu macam Lipat Bumi, manakala lepat tu macam sejenis kuih berbungkus dengan daun pisang) .... "Eiyh! Aku tuan umah, aku dah dah decide... ko ingat aku tak tahu apa ada dalam umah ko?"

Hmmm... itulah dia Hikmah Ashabul Kahfi Ampat Minggu Pintu Tak Berkunci. Berbekalkan sendal dengan tuala Good Morning model '83 jah. Cik Puan Jepun dah discover  yellek pocchi statusnya: TV.  Lampu. Komputer (aku dah sorok masa aku nak berpergian) . Radio. Aquarium. Electric Rice Cooker. Astro. VCD Player. 

"Ko nak bayar 50:50? Ko tahu derang pakai peti ais sampai dua bijik?"

Patutlah. Pokok jati emas umur 30 tahun tumbang atas rumah. Aku tak cakap pew. Aku diam. Aku start keta pi pasar malam.


.

Menteri Pengawal Rega Barangan Tak Potong Kuku... Wa Cakap Lu!

Re-Blogged from Thursday, April 26, 2012

hear ye hear ye: +credits to Abdullah Jones


z.i.e.k.
tuhan, tolong masukkan alat potong kuku
dalam senarai 2000 barangan bakal turun harga
kerana belakang kami kami terlalu banyak luka
kesan di garu menteri pengawal barangan
niaga


Hmmm.. sapa pulak agaknyer yang gigih dan tekun memicit jerawat aka black head, white head, mahogany head on the sexy back of Le Sayyid Mahogany Guitar Sendirian Berhad Unlimited Unpredicted Untame-able Exotica Et Je T'aime Encore pada zaman uronium neyh...  zaman jurassic batu kapur dah lama berlalu!

.

Sadistic Lian Padukan Paduka Wong

Re-Blogged from Friday, April 27, 2012

Paduka WCW balik kampung
Tanah Besor China
Misi membeli product (chinta?) buatan People Republic of China
Sebelum tumbuh sayap bersumpah keramat terhadap-ku
Seraya tersengih (ter-kerenyeh?) sampai ke telinga tiada bersubang


"Eyyy kakak! You beritahu saya, you maw saya potong & hiris daging you dari bahagian mana satu?"

Cisss! Apa Mamak Bendahara Paduka Wong kurang perchaya akan komitment satu kontena aku bawa dari Benua Kecil Keling berbanding komitment 20-footer kontena dari Tanah Besor China?

Ma-lainkan tongkang dagang tenggelam di Lautan Hindi atau di-hijack The Fying Dutchman atau The Black Flag Ship mahupun sengaja ditahan-tahan kastam DiLanun Malaya.

Pura-pura lupa.


Nota:
*Mamak Bendahara Paduka Wong yang famous 
dengan jurus ayat lian-padukan sarcastic, bombastic, sadistic beliau. 
Very much fonds & favours on imported item especially made in UK punyer!*

.

Ubiquitous Apricots De La Rouge

Re-Blogged from Friday, April 27, 2012

Gedung Haneefa
Gamitlah aku
Serulah aku dari jarak 12kilometre
Esok Saturday
Jangan pakaikan aku nebulizer
Aku mahu sedut-sedutan aroma kaki lima dan bazaria

Titipan teman-teman
1kg + 1kg + 1kg + 1kg
Apricot kering
Pesanan teman-teman
Tamar Mariami
1kg + 1kg +kg

Jangan tembak aku dengan tranqulizer
Kerna tanpa unta berbonggol satu atau berbonggol dua
Rabaklah bahu kanan ku menggendong
7 kilo buah-buahan kering

Bahu kiri manja
Tak pernah biasa-biasa menggalas suka


.

v.a.v.i. unlimited emasculated downgraded

Re-Blogged Saturday, April 28, 2012

macang babi bela
makang semua benda
bagi nasi basi, makang
bagi sayur busuk, makang
kemudian bbini
letih, tidur
disembelihpun senyum
sebelum mengelupur mati


macang mung.
Credits:
Abdullah Jones melontar Redd Rohim menangkap

.