Friday, October 11, 2013

Teh Hijau Heaven & Earth + Max The Hedgehog

Re-Blog (Saturday, October 20, 2012)

Aku meneguk buat sekian kalinya teh hijau Heaven & Earth a product of The Coco-Cola Company yg mungkin mengandungi endapan disebabkan oleh bahan teh semulajadi (dari apa yg aku baca dari label maklumat pemakanan).

Max, boyfriend yg ku sewa dgn kadar sejam USD __ (tiada jumlah yg berani diletak sebab Max bukan gigolo) dr sahabat project Tesco Back To School ku Siow Mee Liau pada apa yg berjasad serupa si landak coklat bersumbatkan dzat polyester fibre , matanya memandang aku tanpa perlu terkebil-kebil. Pegun.

Aku suka menatap wajah comel Max. Aku suka panggil dia Buah Durian. Ini mencetuskan kemarahan kawan-kawanku. Dasar Porcupine.



Mati rasa. Max diam tak kata apa-apa. Max puasa mulut, puasa telinga barangkali, puasa mata barangkali, puasa kemaluan barangkali. Aku menjengilkan mata bulat-bulat ke arah Max. Mata Max masih tetap begitu, tenang & comel. Berhala kau Max! Jadi tempat syaitan bergayut sana sini.
.
.

No comments:

Post a Comment